BLOG UPDATE

BLOG UPDATE

selamat datang

selamat datang

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG / WELCOME

Thursday, November 27, 2014

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN


''Patah tumbuh hilang berganti'', yang tumbuh belum tentu sama, yang berganti belum tentu tepat, itu lah yang boleh tapi diungkapkan kepada 3 orang guru SK Convent yang akan meninggalkan sekolah. Pertama En Badrul Hisham Bin Ridhwan yang akan dinaikkan pangkat ke Unit Sukan JPN Kedah, kedua Pn Wirda Hasmin Bt Zolkepli yang akan berpindah ke SK Batu Berendam dan terakhir ialah persaraan Guru Besar SK Convent, Pn Hjh Siti Noor Bt Ibarahim bermula 1/1/2015. Pengumuman persaraan Guru Besar amat mengejutkan warga SK Convent sekaligus memberi impak kepada pihak pengurusan  SK Convent. Warga SK Convent mengucapkan selamat maju jaya kepada En Badrul Hisham (Mantan PK Kokurikulum SK Convent), Pn Wirda Hasmin(Mantan Guru SK Convent) dan selamat bersara kepada Pn Hjh Siti Noor. Jasa dan bakti kalian akan dikenang sehingga hujung jasad, segala usaha,komitmen dan dedikasi kalian terhadap tugas yang dipikul hanya Allah sahaja dapat membalasnya.. Jasamu Dikenang....



















Wednesday, November 26, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 17 November 2014 lalu satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Majlis tersebut dianjurkan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan melibatkan murid tahun 6 untuk menperdengarkan surah-surah lazim.











MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SK CONVENT 2014

Jamuan Akhir tahun Guru SK Convent 2014 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia pada 16 November yang lalu. Majlis tersebut anjuran Badan Kebajikan Staf SK Convent untuk merapatkan lagi silaturahim antara pihak pengurusan SK Convent,guru-guru dan staf sokongan SK Convent.
Lagi Gambar










MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN DAN KOKURIKULUM 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum 2014 telah diadakan pada 16 November 2014. Majlis tersebut adalah untuk memberi penghargaan dan anugerah kepada guru dan murid atas pencapaian serta penglibatan dalam bidang sukan dan kokurikulum sepanjang tahun 2014 samaada di peringkat negeri atau kebangsaan. Antara anugerah yang diberikan adalah Pemimjam Buku Terbanyak di Pusat Sumber Sekolah.
Lagi Gambar












PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2014

Pada 6-8 November 2014, satu Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2014 telah dijalankan bertempat di Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar. Seramai 100 orang peserta telah berjaya menyertai perkhemahan tersebut, peserta terdiri dari murid tahun 4,5 dan 6 daripada Pengakap, Tunas KRS, Persatuan Puteri Islam dan Pandu Puteri. Antaranya aktiviti yang dijalankan adalah Asas Perkhemahan, Tali -Temali, Burung Hantu dan Asas Pertolongan Cemas.
Lagi Gambar



Taklimat

Slot 1-Asas Berkhemah

Slot 2-Management Games

Slot 2-Management Games

Slot 2-Management Games

Slot 3-Ikatan dan Simpulan

Solo Walk

Slot 6-Asas Petolongan Cemas dan Balutan

Slot 6-Asas Petolongan Cemas dan Balutan

Slot 7-Pertandingan Kawad Kaki Asas

Slot 8-Malam Kebudayaan

Slot 10-Majlis Penutup(Pemeriksaan Barisan)