BLOG UPDATE

BLOG UPDATE

selamat datang

selamat datang

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG / WELCOME

Sunday, August 2, 2009

Kejayaan Sekolah

















KEISTIMEWAAN / KEKUATAN / WATAK / IMEJ / IDENTITI SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Convent, Alor Setar sememangnya bertuah kerana mewarisi beberapa kekuatan atau watak Sekolah Kebangsaan St. Nicholas Convent.

Pihak pengurusan sekolah yang sangat prihatin, rajin, tekun, berdisiplin, positif serta sentiasa berusaha mewujudkan pelbagai program dan inovasi dalam usaha memantapkan lagi mutu pengurusan serta kecemerlangan sekolah ke arah menghasilkan produk-produk yang berkualiti. Konsep ‘Kaizen’ dan ‘reengineering’ sentiasa diamalkan untuk kemajuan dan kecemerlangan.

Umumnya para pendidik sekolah ini memang terkenal dengan sifat-sifat rajin, dedikasi, tekun, azam, berilmu, berketerampilan, positif, bertanggungjawab dan sangat efektif dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Hasil sifat-sifat di atas, pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah ini sentiasa menjadi yang terbaik di antara yang terbaik dalam daerar Kota Setar selain di peringkat negeri Kedah sendiri.


Ketrampilan sekolah ini dapat dilihat dengan adanya:

  • 7 orang Jurulatih Utama (JU) peringkat negeri
  • 2 orang untuk Bahasa Inggeris
  • Seorang untuk Transisi
  • Seorang untuk Pendidikan Moral
  • Seorang untuk Pendidikan Muzik
  • Seorang untuk Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
  • Seorang untuk KIA 2M
  • Pemeriksa Kertas UPSR – 6 orang
  • Guru Cemerlang Bahasa Melayu – seorang
  • Penggubal soalan untuk daerah dan negeri – 3 orang
  • Sijil Jurulatih Gimrama – 2 orang
  • Sijil Kejuruhakiman Gimrama – seorang
  • Guru Projek Rintis Sekolah Bestari – seorang
  • AJK Pemantauan Batasan dan Cadangan Format Pentaksiran Bahasa Melayu Peringkat UPSR (Kebangsaan) – seorang.


Di samping itu, Guru Besar sendiri dan semua Penolong Kanan mengajar mata pelajaran teras iaitu:

  • Guru Besar - Sains Tahun 6
  • Penolong Kanan Pentadbiran - Bahasa Melayu Tahun 5
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Matematik Tahun 3
  • Penolong Kanan Kokurikulum - Sains Tahun 6


Guru Besar dan guru-guru Penolong Kanan juga terlibat sama dalam aktiviti kelas tambahan, pada waktu petang dan hari cuti serta kelas-kelas pemulihan dan pengukuhan di sebelah pagi sebelum sekolah bermula.

Guru Besar juga telah terpilih untuk menganggotai beberapa jawatankuasa peringkat daerah dan negeri di samping dijemput memberi ceramah, antaranya:

  • AJK 'Pemantauan Kualiti Peringkat Negeri'
  • AJK Think Tank 'Perhimpunan Patriotik Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan'
  • Pengerusi 'Jawatankuasa Latihan dan Pembinaan Peringkat PKG'
  • Pengerusi 'Panitia Bahasa Inggeris Peringkat PKG'
  • Penceramah Jemputan untuk 'Kursus Penolong Kanan dan Guru Besar' anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
  • Penceramah Jemputan Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara bagi 'Kursus Asas Pengurusan Sekolah untuk Guru-guru Besar' peringkat kebangsaan
  • Kaji selidik oleh Pensyarah dari Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
  • Jawatankuasa program TOT peringkat kebangsaan.


Moto dan lagu sekolah ini antaranya menggalakkan murid-mruidnya agar rajin belajar untuk berjaya, berkelakuan baik dan jauhi daripada berkelakuan tidak baik, percaya kepada Tuhan dan tidak mudah putus asa. Di samping murid-murid perempuan yang senang dibentuk, perancangan serta pelaksanaan peraturan sekolah telah menyebabkan murid-murid sekolah ini mempunyai tahap disiplin yang sangat tinggi.

Program semakan buku memang telah lama wujud di sekolah ini. Walau bagaimanapun program ini sentiasa disemak, dimurnikan serta diperbaiki. Program ini, didapati sangat berkesan lantaran memberi impak yang sangat kuat ke atas peningkatan prestasi murid-murid serta prestasi akademik dalam UPSR.
.
Akibat corak pentadbiran mantap sekolah ini menjana kecemerlangan, komitmen guru yang sangat tinggi, pencapaian akademik dan kokurikulum yang sangat tinggi lagi memberangsangkan, tahap disiplin yang tinggi serta tahap penggunaan Bahasa Inggeris yang memberangsangkan di kalangan guru dan murid telah menyebabkan sekolah ini menjadi pilihan dan rebutan ramai waris sejak dahulu lagi. Murid-murid sekolah ini bukan sahaja dari sekitar kawasan Kota Setar malah ada yang datang dari Bandar Jitra (lebih kurang 20 km dari Alor Star)

Kecemerlangan dan keunggulan sekolah ini dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum serta Hal Ehwal Murid telah menarik minat 239 orang waris (26.38%) bukan Melayu berebut memilih sekolah ini untuk anak-anak mereka. Bilangan murid-murid bukan Melayu di sekolah ini adalah yang tertinggi di kalangan Sekolah Kebangsaan di Kota Setar dan antara beberapa buah sekolah di negeri Kedah. Keadaan ini adalah unik bagi sebuah Sekolah Kebangsaan.

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, salah satu dasar pendidikan negara adalah untuk memupuk perpaduan serta integrasi nasional. Dalam hubungan ini, sekolah telah melibatkan murid-murid dari semua bangsa dalam semua aktiviti peringkat sekolah, daerah dan negeri. Sebagai contoh, pengawas terdiri daripada murid-murid berbagai kaum. Begitulah juga dalam aktiviti Kokurikulum seperti permainan, pendidikan lalulintas, kebudayaan, pasukan beruniform semuanya disertai murid-murid berbagai kaum. Dalam banyak upacara luar sekolah, terutama oleh PPD, JPN dan lain-lain pertubuhan termasuk Wisma Negeri selalu memilih murid-murid sekolah ini membuat persembahan kebudayaan kerana keunikannya menunjukkan integrasi kaum.

Usaha menaman sifat-sifat toleransi dan bekerjasama antara kaum dan agama telah membentuk satu landasan ke arah perpaduan dan integrasi nasional.

Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan di negeri Kedah di mana KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman, DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman dan DYTM Raja Puan Muda Kedah Darul Aman serta YTM Dato’ Seri Tunku Putri Intan Shafinaz berangkat bercemar duli pada hari Anugerah Cemerlang tiap-tiap tahun. Kehadiran KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman, DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman dan DYTM Raja Puan Muda Kedah Darul Aman serta YTM Dato’ Seri Tunku Putri Intan Shafinaz telah menyebabkan ramai waris memilih sekolah ini untuk anak-anak mereka lantaran wujudnya persaingan untuk menerima hadiah daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman.

Hasil komitmen tinggi warga sekolah dan permuafakatan antara sekolah, waris, masyarakat setempat dan PIBG, sekolah ini sentiasa cemerlang dan menepati ‘benchmark’ atau penandaaras yang ditetapkan. Pencapaian matlamat saban tahun telah memberi rasa kepuasa bekerja, sentiasa bermotivasi dan ‘self-esteem’ yang tinggi bukan sahaja di kalangan warga sekolah, malah juga di kalangan para waris dan murid. Suasana positif dan rasa kepuasan dan kebanggaan terhadap pencapaian sekolah sentiasa dikekalkan dan merupakan teras kepada kecemerlangan sekolah.